Edisi Pengenalan
Assalamualaikum...
Selamat Datang ke Proclytos sebuah blogger yang bertujuan untuk membincangkan persoalan perbandingan dua buah Agama terbesar di dunia iaitu Islam & Kristian khusus dari pelbagai sudut. Perkara yang akan disentuh didalam perbincangan ini adalah berkaitan dengan pengkajian ilmiah yang dilakukan oleh para sarjana-sarjana samada di pihak Sarjana Muslim dan juga Sarjana Kristian. Insyaallah saya kan mulakannya dalam sedikit masa lagi...
Laman ini saya dedikasikan kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, dan atas dasar menyambung kerja dakwah baginda dan juga membela agama Islam dari terus diperkotak-katik oleh musuh-musuh Allah diharapkan usaha sekecil ini mendapat bantuan dan pertolongan dari Yang Maha Esa.
Tentu ada yang bertanya mengapa perkataan Proclytos pula menjadi tajuk bagi laman ini. Kalau hendak membela islam, gunalah istilah yang menggambarkan islam itu sendiri. Pasti ada yang mengatakan demikian tatkala membuka laman ini... Sengaja saya gunakan perkataan greek ini semata-mata kerana mahu menunjukkan kepada saudara-saudari saya di luar sana bahawa Muhammad SAW pernah di sebut dengan Nama di dalam Bible, walau hari ini tidak terdapat lagi perkataan yang boleh kita rujuk sebagai Nama Nabi junjungan seluruh alam itu di dalam bible...
Sesungguhnya makna dan maksud sebenar Proclytos ini akan anda semua fahami bilamana anda menelusuri artikel-artikel yang bakal saya bentangkan di dalam laman ini nanti. Saya dapat menjangkakan akan ada bantahan yang bakal dikemukakan kepada saya mengenai penggunaan perkataan ini yang merujuk kepada Nabi Muhammad SAW nanti terutamanya dari sahabat-sahabat kristian kita, namun saya tetap berpegang pada pendirian saya berdasarkan beberapa kajian yang telah di lakukan bahawa Proclytos itulah sebenarnya Muhammad ibni Abdullah, yang dihazafkan di dalam Bible Kristiani hari ini.
Sesungguhnya saya amat mengharapkan sebarang komen yang membina dapat di utarakan kepada saya melalui laman ini. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu adalah kelemahan diri saya...
Sekian Wassalam...

0 Comments:
Post a Comment
<< Home