LAMAN | PERBANDINGAN | AGAMA | ISLAM | DAN | KRISTIAN

20050906

The New Testament-Perjanjian baru

The New Testement.

Bahagian kedua di dalam bible pula dikenali sebagai The New Testement atau Perjanjian Baru. Ianya diakui sah dan diterima pakai oleh penganut agama kristian meskipun ditolak mentah-mentah oleh orang yahudi. Bahagian ini, menurut pakar pengkaji agama kristian adalah merupakan bahagian terpenting dalam akidah umat kristian kerana dibahagian inilah segala Tenant atau doktrin dalam agama kristian hari ini diperolehi. dalam dalam bahagian ini juga terkandungnya Gospel @ Good News @ Injil yang dipercayai diturunkan kepada Jesus dan menjadi pegangan kepada seluruh umat kristian hari ini.

Nt Terdiri kepada 4 bahagian yang berlainan iaitu:

Gospel: iaitu bahagian yang mengandungi 4 buku iaitu Matthew | Mark | Luke | John. Keempat-empat buku ini adalah menceritakan akan perihal kehidupan dan misi Jesus Christ dan ianya menurut para sarjana kristian telah ditulis oleh 4 orang penulis.

Acts of Apostle: atau dalam bahasa melayunya dapat disebut sebagai Kisah Para Rasul, ianya dipercayai telah ditulis oleh Luke iaitu salah seorang pengikut Jesus yang menceritakan perihal agama kristian selepas Jesus. Hanya mengandungi 1 buku iaitu Acts

Epistles: bahagian ini adalah bahagian yang terbesar didalam NT dan ianya juga dikenali sabagai kumpulan Surat-Surat Oleh St Paul Of Tarsus kepada masyarakat dan individu-individu tertentu dalam Kristian yang berada di luar kawasan mereka ketika itu. Bahagian ini hampir keseluruhannya ditulis oleh St. Paul dan juga terdapat beberapa penulis yang lain yang tidak dapat dikenal pastikan akan identitinya. ianya bermula dari Roman | 1 Corinthians | 2 Cointhians | Galatians | Ephesians | Philipians | Colossians | 1 Thessalonians | 2 Thessalonians | 1 Timothy | 2 Timothy | Titus | Philemon | Hebrews | James | 1 Peter | 2 Peter | 1 John | 2 John | 3 John | Jude

Revelation adalah merupakan bahagian yang terakhir didalam bible dan juga mengandungi 1 buku iatu the Book of Revelation. Dalam bahagian ini diceritakan tentang perihal hari kiamat a.k.a Armageddon dan pertentangan diantara kuasa baik dan jahat di hari akhirat nanti. Bahagian ini turut dikenali sebagai Apocalypse.

Itulah bahagian yang terkandung di dalam sebuah Kitab yang dinamakan BIBLE atau dam bahasa Indonesia sebagai AL-KITAB dan perlu dingat bila disebutkan bible kepada anda ianya bermaksud terdapat beberapa buku yang terkandung di dalam Bible dan ianya terbahagi kepada 2 iaitu The Old Testement dan The New Testement. Sebelum saya mengupas isi atau kanduangan dalam kitab ini, saya akan berikan maklumat kepada anda tentang perkembangan Bible dari Dahulu hinggalah ke hari ini dan ianya akan merangkumi versi-versi bible terdahulu, penghapusan sesetengah bible, pertelingkahan yang berkaku diantara Katholik dan Protestant, sebelum kita menjangkau ke isi kitab yang dikatakan sebagai suci ini (we'll see it) sejarah ini amat penting kerana dengan mengetahui sejarah perkembangan dan penulisan bible kita akan dapat menilai apa benarkah Bible itu kalam tuhan atau hanya karang karut pendeta yahudi dan kristian terdahulu.