LAMAN | PERBANDINGAN | AGAMA | ISLAM | DAN | KRISTIAN

20050731

Isa Dalam Al-Quran

Al-Maidah

Petikan terjemahan Al-Quraan yaang menyebut Nabi Isa A.S Secara Nama

Dan Kami utuskan Nabi Isa Ibni Maryam mengikuti jejak langkah mereka (Nabi-nabi Bani Israil), untuk membenarkan Kitab Taurat yang diturunkan sebelumnya; dan Kami telah berikan kepadanya Kitab Injil, yang mengandungi petunjuk hidayah dan cahaya yang menerangi, sambil mengesahkan benarnya apa yang telah ada di hadapannya dari Kitab Taurat, serta menjadi petunjuk dan nasihat pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa. Surah Al-Maidah 46


Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat (di dalam Kitab-kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh. Surah Al-Maidah 78


(Ingatlah) ketika Allah berfirman: "Wahai Isa ibni Maryam! Kenanglah nikmatKu kepadamu dan kepada ibumu, ketika Aku menguatkanmu dengan Ruhul-Qudus (Jibril), iaitu engkau dapat berkata-kata dengan manusia (semasa engkau masih kecil) dalam buaian dan sesudah dewasa; dan (ingatlah) ketika Aku mengajarmu menulis membaca, dan hikmat pengetahuan, khasnya Kitab Taurat dan Kitab Injil; dan (ingatlah) ketika engkau jadikan dari tanah seperti bentuk burung dengan izinKu, kemudian engkau tiupkan padanya, lalu menjadilah ia seekor burung dengan izinku; dan (ingatlah ketika) engkau menyembuhkan orang buta dan orang sopak dengan izinku; dan (ingatlah) ketika engkau menghidupkan orang-orang yang mati dengan izinKu; dan (ingatlah) ketika Aku menghalangi Bani Israil daripada membunuhmu, ketika engkau datang kepada mereka dengan membawa keterangan-keterangan (mukjizat), lalu orang-orang yang kafir di antara mereka berkata: "Bahawa ini hanyalah sihir yang terang nyata" Surah Al-Maidah 110


Dan (ingatlah) ketika Aku ilhamkan kepada orang-orang Hawariyyiin (sahabat-sahabat karib nabi Isa): "Berimanlah kamu kepadaku dan kepada RasulKu!" Mereka menjawab: "Kami telah beriman, dan saksikanlah, bahawa sesungguhnya kami orang-orang Islam (yang menyerah diri kepada Allah)" Dan (ingatlah) ketika orang orang Hawariyyiin berkata: "Wahai Isa Ibni Maryam! Dapatkah kiranya Tuhanmu berkenan menurunkan kepada kami satu hidangan dari langit?" Nabi Isa menjawab: "Bertaqwalah kamu kepada Allah jika benar kamu orang-orang yang beriman".
Surah Al-Maidah 111-112


Isa ibni Maryam (pun berdoalah ke hadrat Allah dengan) berkata: Ya Allah, Tuhan kami! Turunkanlah kiranya kepada kami satu hidangan dari langit, untuk menjadi hari raya bagi kami, iaitu bagi kami yang ada hari ini dan bagi orang-orang kami yang datang kemudian, dan sebagai satu tanda (mukjizat) daripadamu (yang menunjukkan kebesaran dan kekuasaanMu); dan kurniakanlah rezeki kepada kami, kerana Engkau jualah sebaik-baik Pemberi rezeki". Surah Al-Maidah 114


Dan (ingatlah) ketika Allah berfirman: "Wahai Isa ibni Maryam! Engkaukah yang berkata kepada manusia: `Jadikanlah daku dan ibuku dua tuhan selain dari Allah? ' " Nabi `Isa menjawab: "Maha Suci Engkau (wahai Tuhan)! Tidaklah layak bagiku mengatakan sesuatu yang aku tidak berhak (mengatakannya). Jika aku ada mengatakannya, maka tentulah Engkau telah mengetahuinya. Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku, sedang aku tidak mengetahui apa yang ada pada diriMu; kerana sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui perkara-perkara yang ghaib.
Surah Al-Maidah 116

20050730

::Edisi Combat Kit 10::

10. PERTENTANGAN di dalam Bible

"Tuhan menghasut Daud ... " (2 Samuel 24: 1)

"syaitan memujuk Daud ....." (1 Chronicles 21: 1).

------------------------------------------------------------------

700 atau 7000? "penunggang kuda" atau "pejalan kaki".... ?

( 2 Samuel 10: 18 vs 1 Chronicles 19: 18)

------------------------------------------------------------------

Sulaiman memiliki 2000 kamar mandi atau 3000 kamar mandi?

( 1 Kings 7: 26 vs 2 Chronicles 4: 5).

------------------------------------------------------------------

Sulaiman memiliki 4000 atau 40000 kandang kuda?

(2 Chronicles 9:25 vs 1 Kings 4:26)

------------------------------------------------------------------

Apakah Saul meminta petunjuk dari Tuhan atau tidak meminta petunjuk?

(1 Samuel 28: 6 vs 1 Chronicles 10: 13-14).

------------------------------------------------------------------

” Tidak ada seorang pun yang telah naik ke syurga" (John 3: 13)

"Elia naik ke syurga" (2 Kings 2: 1 ) & "Henokh naik ke syurga", (Genesis 5: 24)

------------------------------------------------------------------

Yesus tidak kehilangan seorangpun dari murid-muridnya. (John 18: 9)

"Dia hanya kehilangan seorang. (John 17: 12).

------------------------------------------------------------------

"Semua berdosa." (2 Chronicles 6: 36)

"Setiap orang yang lahir dari Allah; tidak berbuat dosa Iagi " (1 John 3: 9).

20050728

The Holy Bible- Suatu Pengenalan.

The Holy Bible atau Al-Kitab adalah merupakan sebuah kitab suci bagi penganut Kristian dan pernah mendapat tempat teratas dalam carta penjualan buku pada pertengahan abad ke 15 di Eropah. Bersesuaian dengan anugerah sebagai No. 1 Best seller Book ini telah diterjemah ke dalam lebih 2000 bahasa di seluruh dunia. Boleh dikatakan hampir seluruh masyarakat yang menjadi penduduk majoriti sesebuah negara pasti memiliki bible yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa mereka. Oleh kerana itu, adalah mustahak untuk kita mengenali dan memahami buku ini yang didakwa sebagai kalam tuhan dan kaitannya dengan Islam sekaligus sebagai persiapan untuk diri kita jika di’serang’ oleh para missionnari kristian suatu ketika nanti.

Dalam artikel kali ini akan dimuatkan penerangan tentang apa itu Bible dari sudut Istilahnya, peringkat penulisan dan perkembangannya, versi-versinya, kaitan dengan setiap dogma kristian, percanggahan serta penyelewengan yang terkandung di dalam ayat-ayatnya serta pandangan Islam dan beberapa perkara lain yang berkaitan mengenai kitab ini. Insyaallah.. Ya Allah Engkau tunjukkan lah kebenaran itu sebagai kebenaran dan kebathilan itu sebagai kebathilan....Amin

Terminologi ‘Holy Bible’ secara mudahnya bermaksud buku suci yang pada asalnya diambil dari perkataan greek ’biblos’ yang bermaksud buku, manakala dalam bahasa itali ia dipanggil ‘biblia’ yang membawa masud yang lebih tepat iaitu’ the library of books’ kerana di dalam Bible itu terhimpunnya buku-buku suci serta surat dan manukrip suci bagi penganut Yahudi dan Kristian. Secara umumnya kadungan bible terbahagi kepada dua bahagian yang utama iaitu Old Testement (OT) dan New Testement (NT) dan disana terdapat percangahan pendapat mengenai bilangan buku @ book yang diakui sah terkandung di dalam OT dan percanggahan ini datangnya dari dua mazhab yang utama di dalam kristian iaitu Katholik dan juga Protestent. Menurut Mazhab Katholik terdapat 46 buah buku yang diakui sah dan terkandung didalam OT manakala menurut Mazhab Protestant pula hanya 39 buah buku sahaja yang diakui sah dan diterimapakai dan menolak baki 7 buah buku yang kemudianya digelarkan sebagai ‘Apocrypha’ yang bermaksud disembunyikan kerana diragui kesahihannya. Namun begitu kedua-dua Mazhab ini sepakat dalam menentukan bilangan buku yang terandung di dalam NT iaitu sebanyak 27 buah buku yang diakui sah. Menurut pakar bible, terdapat 40 penulis yang menulis kitab ini namun begitu terdapat buku yang tidak dikenali akan penulisnya. Secara keseluruhannya OT telah ditulis dalam bahasa ibrani dan sesetengah buku pula ditulis dalam bahasa aramik manakala NT pula keseluruhnya di tulis didalam bahasa Greek klasik.

Berikut disenaraikan nama Buku yang terkandung didalam Bible.

The Old Testement:

Genesis | Exodus | Leviticus | Numbers | Deutronomy | Joshua | Judges | Ruth | 1 Samuel | 2 Samuel | 1 Kings | 2 Kings | 1 Chronicles | 2 Chronicles | Ezra | Nehemiah | Tobith* | Judith* | Esther |1 Maccabees* | 2 Maccbees* | Job | Psalms | Proverbs | Ecclesiates | Song Of Solomon | Wisdom Of Solomon* | Sirac* | Isaiah | Jeremiah | Lamentations | Baruch* | Ezekiel | Daniel | Hosea | Joel | Amos | Obadiah | Jonah | Micah | Nahum | Habakkuk | Zephaniah | Haggai | Zechariah| Malachi |

(*) apocrypha menurut Protestant hanya diterima sah oleh Katholik

The New Testement:

Matthew | Mark | Luke | John | Acts | Roman | 1 Corinthians | 2 Cointhians | Galatians | Ephesians | Philipians | Colossians | 1 Thessalonians | 2 Thessalonians | 1 Timothy | 2 Timothy | Titus | Philemon | Hebrews | James | 1 Peter | 2 Peter | 1 John | 2 John | 3 John | Jude | Revelation |

Para penganut Yahudi hanya menerima dan mengiktiraf OT sebagai kalam yang diturunkan Tuhan dan menolak keseluruhan NT manakala para penganut kristian menerima keseluruhan kandungan Bible sebagai wahyu dan kalam tuhan. Harus diingat bahawa istilah NT dan OT yang diguna pakai oleh penganut kristian hanyalah sebagai membezakan firman tuhan yang diturunkan kepada mereka yang mengantikan firman yang sebelumnya iaitu OT, sedangkan orang Yahudi mempunyai istilah tersendiri bagi OT iaitu Tanakh singkatan dari Torah Nabiim dan Kethuvim...

::Edisi Combat Kit 9::

09. KHITAN: Sebuah perjanjian abadi dengan Tuhan


"Orang yang lahir di rumahmu dan orang yang engkau beli dengan uang (budakmu) harus disunat: maka dalam dagingmulah perjanjian Ku itu menjadi perjanjian yang kekal." (Genesis 17: 13)


"Orang yang tidak disunat, harus "dipotong" (dibunuh)."
(Genesis 17: 14)

20050727

Isa Dalam Al-Quran

An Nisa’

Petikan terjemahan Al-Quraan yaang menyebut Nabi Isa A.S Secara Nama

Dan juga (disebabkan) dakwaan mereka dengan mengatakan: "Sesungguhnya kami telah membunuh Al-Masih Isa Ibni Maryam, Rasul Allah". Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak memalangnya (di kayu palang - salib), tetapi diserupakan bagi mereka (orang yang mereka bunuh itu seperti Nabi Isa). Dan Sesungguhnya orang-orang yang telah berselisih faham, mengenai Nabi Isa, sebenarnya mereka berada dalam keadaan syak (ragu-ragu) tentang menentukan (pembunuhannya). Tiada sesuatu pengetahuan pun bagi mereka mengenainya selain daripada mengikut sangkaan semata-mata; dan mereka tidak membunuhnya dengan yakin. Surah An Nisa’ 157

Bahkan Allah telah mengangkat Nabi Isa kepadaNya; dan adalah Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. Surah An Nisa’ 158

Dan tidak ada seorang pun dari kalangan ahli Kitab melainkan ia akan beriman kepada Nabi Isa sebelum matinya dan pada hari kiamat kelak Nabi Isa akan menjadi saksi terhadap mereka. Surah An Nisa’ 159

Sungguhnya Kami telah memberikan wahyu kepadamu (wahai Muhammad), sebagaimana Kami telah memberikan wahyu kepada Nabi Nuh, dan Nabi-nabi yang diutus kemudian daripadanya; dan Kami juga telah memberikan wahyu kepada Nabi Ibrahim, dan Nabi Ismail, dan Nabi Ishak, dan Nabi Yaakub, serta Nabi-nabi keturunannya, dan Nabi Isa, dan Nabi Ayub, dan Nabi Yunus, dan Nabi Harun, dan Nabi Sulaiman; dan juga Kami telah memberikan kepada Nabi Daud: Kitab Zabur. Surah An Nisa’ 163

Wahai Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani)! Janganlah kamu melampaui batas dalam perkara ugama kamu, dan janganlah kamu mengatakan sesuatu terhadap Allah melainkan yang benar; sesungguhnya Al Masih Isa ibni Maryam itu hanya seorang pesuruh Allah dan Kalimah Allah yang telah disampaikanNya kepada Maryam, dan (ia juga tiupan) roh daripadaNya. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-rasulNya, dan janganlah kamu mengatakan: "(Tuhan itu) tiga". Berhentilah (daripada mengatakan yang demikian), supaya menjadi kebaikan bagi kamu. Hanyasanya Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa, Maha Suci Allah daripada mempunyai anak. Bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Dan cukuplah menjadi Pengawal (Yang Mentadbirkan sekalian makhlukNya). Surah An Nisa’ 171

(Nabi Isa) Al-Masih tidak sekali-kali enggan dan angkuh daripada menjadi hamba bagi Allah, demikian juga (sikap) malaikat yang sentiasa berdamping (dengan Allah). Dan sesiapa yang enggan dan angkuh daripada beribadat (menyembah dan memperhambakan diri) kepada Allah, serta ia berlaku sombong takbur, maka Allah akan menghimpunkan mereka semua kepadaNya. Surah An Nisa’ 172

20050725

::Edisi Combat Kit 8::

08. ANAK HARAM: Di dalam Bible perkataan ini dinyatakan tiga kali

"Seorang anak haram janganlah masuk jemaah Tuhan, bahkan keturunannya yang kesepuluh pun tidak boleh masuk jemaah Tuhan."(Deutronomy 23: 2)

"Dan seorang anak haram akan tinggal di Asdod ...." (Zechariah 9: 6)

"Tetapi jika kamu bebas dari ganjaran, yang harus diderita setiap orang, maka kamu bukanlah anak, tetapi anak haram " (Hebrews 12: 8)

20050723

Isa Dalam Al-Quran

Petikan terjemahan Al-Quraan yaang menyebut Nabi Isa A.S Secara Nama

Surah Ali Imran

(Ingatlah) ketika malaikat berkata: "Wahai Maryam! Bahawasanya Allah memberikan khabar yang mengembirakanmu, dengan (mengurniakan seorang anak yang engkau akan kandungkan semata-mata dengan) Kalimah daripada Allah, nama anak itu: Al-Masih, Isa Ibni Maryam, seorang yang terkemuka di dunia dan di akhirat, dan ia juga dari orang-orang yang didampingkan (diberi kemuliaan di sisi Allah). Surah Ali Imran 45


Maka ketika Nabi Isa merasa (serta mengetahui dengan yakin) akan kekufuran dari mereka (kaum Yahudi), berkatalah ia:" Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan ugamaNya)?". Orang-orang "Hawariyyuun" (Penyokong-penyokong Nabi Isa) berkata: "Kamilah penolong-penolong (utusan) Allah. Kami telah beriman kepada Allah, dan saksikanlah (wahai Nabi Allah) sesungguhnya kami ialah orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah). Surah Ali Imran 52


(Ingatlah) ketika Allah berfirman: "Wahai Isa! Sesungguhnya Aku akan mengambilmu dengan sempurna, dan akan mengangkatmu ke sisiKu, dan akan membersihkanmu dari orang-orang kafir, dan juga akan menjadikan orang-orang yang mengikutmu mengatasi orang-orang kafir (yang tidak beriman kepadamu), hingga ke hari kiamat. Kemudian kepada Akulah tempat kembalinya kamu, lalu Aku menghukum (memberi keputusan) tentang apa yang kamu perselisihkan". Surah Ali Imran 55


Sesungguhnya perbandingan (kejadian) Nabi Isa di sisi Allah adalah sama seperti (kejadian) Nabi Adam. Allah telah menciptakan Adam dari tanah lalu berfirman kepadanya: "Jadilah engkau!" maka menjadilah ia. Surah Ali Imran 59


Katakanlah (wahai Muhammad): "Kami beriman kepada Allah, dan kepada apa yang telah diturunkan kepada kami, dan kepada apa yang telah diturunkan kepada Nabi-nabi: Ibrahim, dan lsmail, dan Ishak, dan Yaakub, dan keturunannya, dan kepada apa yang telah diberikan kepada Nabi-nabi: Musa dan Isa, dan sekalian Nabi-nabi dari Tuhan mereka. Kami tidak membeza-bezakan seseorang pun di antara mereka, dan kepada Allah jualah kami berserah diri (Islam)". Surah Ali Imran 84

20050722

::Edisi Combat Kit 7::

07. BACCA adalah MAKKAH:

Ka'abah yang suci dibangun oleh Nabi Ibrahim A.S dan anaknya Ismail A.S di Makkah.

Nama Makkah disebut dalam Al-Qur'an dalam surat Al-Fath (48) : 24. Nama lain Makkah adalah Bakka, bergantung dialek sukunya: hal ini juga disebut sekali dalam Surat Ali 'Imran (3): 96, yaitu:

"Sesungguhnya rumah yang mula-mula dibangun (untuk tempat beribadat) manusia, ialah Baitullah yang di Bakkah (Makkah) yang diberkahi dan menjadi petunjuk bagi semua manusia."


Sungguh mengagumkan, kota Bakka ini disebut oleh Nabi Daud A.S dalam Injil:

"Apabila melintasi lembah Bakka, mereka membuatnya menjadi tempat yang bermata air; bahkan hujan pada awal musim menyelubunginya dengan berkat." (Psalm 84:7).

20050721

Perincian Doktrin

Bahagian 5 (akhir): Doktrin Penyaliban Jesus

Alhamdulillah... akhirnya sampailah kita kepada doktrin terakhir yang terkandung dalam ajaran kristian yang utama iaitu, Jesus diturunkan tuhan untuk disalib sebagai syarat penebusan dosa yang diwarisi oleh manusia dari bapa segala manusia; Adam dan isterinya Hawa yang dianggap oleh penganut kristian telah melakukan dosa ketika mana keduanya berada di syurga (The Garden Of Eden). Menurut mereka inilah sebab musabab utama mengapa Allah menurunkan “anaknya yang tunggal” itu sehingga mebawa peristiwa penyaliban Jesus di tiang salib dan kemudian hidup semula pada hari ketiga selepas kematiannya sebelum diangkat untuk duduk disebelah kanan Tuhan.

Pada pandangan saya, berdasarkan pengkajian saya terhadap ajaran kristian ini yang bermula kira-kira 3 tahun yang lalu, saya dapati topik ini agak sedikit mengelirukan maksud saya dari sudut penghujahan berbanding empat doktrin yang sebelum ini. Ianya tidak susah apabila kita berhujah dari skop kita selaku umat Islam tetapi jika kita berada dalam suasana penghujahan untuk memberi penejelasan kepada orang kristian, itu terdapat sedikit masalah. Ianya atas dasar konteks ayat didalam bible, kalau dalam skop kita, sudah sememangnya tahu bahawa peristiwa ini tidak mungkin akan berlaku kerana kita mempunyai Testement yang terakhir, tetapi untuk berdepan dengan penganut kristian kita terpaksa menerima konteks ayat di dalam bible sebelum kita mematahkan hujah-hujah mereka dengan ayat dari bible sendiri, saya tidak mengatakan kita harus mengakui bahawa peristiwa itu benar berlaku, tetapi hanya konteks ayatnya sahaja atau dalam bahasa mudahnya kita berpura-pura mengakui peristiwa itu berlaku sebelum kita datangkan hujah-hujah yang bertentang dari bible sendiri. Ini akan saya kupas dalam tajuknya yang khusus.

Berbalik kepada persoalan Jesus disalibkan tadi, maka saya bentangkan apa yang perkatakan oleh keempat-empat Gospel terhadap perkara ini

And he bearing his cross went forth into a place called the place of a skull, which is called in the Hebrew Golgotha. Where they crucified him, and two other with him, on either side one, and Jesus in the midst. John 19:17-18 KJV

And as they led him away, they laid hold upon one Simon, a Cyrenian, coming out of the country, and on him they laid the cross, that he might bear it after Jesus. And there followed him a great company of people, and of women, which also bewailed and lamented him. Luke 23:26-27KJV

And when they had mocked him, they took off the purple from him, and put his own clothes on him, and led him out to crucify him. And they compel one Simon a Cyrenian, who passed by, coming out of the country, the father of Alexander and Rufus, to bear his cross. And they bring him unto the place Golgotha, which is, being interpreted, The place of a skull. Mark 15:20-22KJV

And after that they had mocked him, they took the robe off from him, and put his own raiment on him, and led him away to crucify him. And as they came out, they found a man of Cyrene, Simon by name: him they compelled to bear his cross. Matt 27:31-32KJV


Itu adalah ayat yang terkandung di dalam bible, yang meceritakan tentang detik-detik ketika mana Jesus sebelum disalibkan, saya ingin bertanya kepada anda sekalian, adakah anda nampak perbezaan dalam kandungan maksud ayat-ayat bible yang saya catatkan di atas sebentar tadi? Keempat-empatnya seakan-akan sama tetapi sebenarnya mempunyai pernbezaan maksud yang amat luas. Cuba perhatikan ayat yang telah saya gariskan itu, fikirkan sejenak apa bezaya? Mengapa agaknya Luke, Mark dan Matthew (dipanggil juga sebagai Synoptic Gosples) sepakat mengatakan bahawa Jesus dipaksa untuk memikul kayu salibnya sedangkan di dalam John, Jesus digambarkan seakan-akan rela untuk dirinya disalibkan?

Jawapannya mudah sahaja, kerana jika kita mengkaji konteks ayat di dalam ketiga gospel yang pertama tadi kita akan dapati yang sebenarnya Jesus tidaklah rela dirinya disalib kerana beliau diutus bukanlah untuk menebus dosa manusia tetapi hanya sebagai utusan tuhan, sedangkan di dalam John, Jesus digambarkan seakan-akan rela untuk disalib kerana untuk membenarkan doktrin yang dimasukkan oleh Paul ke dalam ajaran Jesus. Saya berkata demikian adalah di atas dasar bahawa sebenarnya John bukanlah seorang penulis gospel yang pertama kerana menurut sejarah gospel yang pertama di tulis adalah The Gospel According To Mark yang ditulis kira-kira 61 tahun selepas Jesus diangkat kelangit. Kemudian diikuti oleh Matthew tahun 65M dan Luke tahun 95M, John pula hanya ditulis selepas 100 tahun Jesus diangkat dan lebih menguatkan keyakinan saya terhadap perkara ini, adalah di akui oleh Sarjana kristian bahawa John adalah merupakan ahli fizik bagi Paul. Justeru, tiga gospel yang pertama digelarkan sinoptik kerana pengajaran dan jalan cerita didalamnya adalah selari antara satu sama lain sedangkan John pula lebih mendukung apa yang diajar oleh Paul. Insyaallah saya akan terangkan tentang dengan lebih terperinci sejarah penulisan Injil dan juga perkembangannya dalam tajuk selepas bahagian ini berakhir.

Buat pengetahuan saudara/i, inilah cara yang saya katakan sebelum ini bagaimana jika kita mahu berhujah dengan menggunakan konteks ayat yakni kita menerima apa yang bible katakan tetapi hanya dalam bentuk konteks dan bukannya peristiwa, dan jika kita ingin berhujah dengan realiti peristiwa saya jamin ianya menjadi lebih senang kerana jika saudara/i membaca keseluruhan Mark 14 iaitu kisah ketika Jesus ditangkap dan menghadapi saat-saat genting mengenai perbicaraannya kita pati akan berjumpa dengan ayat ini,

And they all forsook him, and fled. Mark 14:50KJV

Apa maksudnya? Maksudnya ketika Jesus ditangkap dibicara dan disalibkan sesungguhnya sahabat-sahabat Jesus tidak ada disitu, mereka telah pun keluar dari kota untuk menjalankan misi masing-masing dan mereka mendengar bahawa Jesus di salib hanya melalui berita, jadi siapa sebenarnya yang menulis tentang penyaliban Jesus ini? Sesuatu yang menarik untuk difikirkan oleh terutamanya sahabat kita dari kalangan penganut kristian. Saya sebenarnya ingin membawakan kisah ini dalam versi Injil Barnabas yang pastinya akan mengejutkan dunia kristian kerana ianya agak identikal dengan apa yang di bawakan oleh The Final Testement di dalam Surah An-Nisa (157-158). Namun saya rasa biarlah ianya saya bincangkan di dalam bab yang khusus nanti insyaallah.

Sebelum saya mengakhiri bahagian ini saya ingin memberi sedikit info bahawa sesungguhnya hukuman salib adalah hukuman yang dipelopori oleh orang-orang Rom dan sesungguhnya hukuman ini adalah merupakan hukuman yang paling hina bagi masyarakat kerana hanya kesalahan yang tertentu sahaja yang akan mendapat habuan melalui hukuman ini. Disamping itu juga ianya adalah hukuman yang menyeksakan & memalukan kerana si penerima hukuman bukan sahaja akan mati dengan sadis tetapi juga ditelanjangkan sebagai satu penghinaan yang maksimun terhadap si penerima hukuman itu. Jika benar Allah mengutuskan Jesus untuk mati mengapa tidak baginda mati dengan kemuliaan jika benar baginda diutus sebagai penebus dosa Manusia, mengapa Baginda harus menerima kematian yang memalukan untuk melakukan pengorbanan suci? Bagi yahudi kematian Jesus adalah satu penamat kepada kegusaran mereka dan bagi kristian pula kematian Jesus adalah satu penebusan dosa mereka Dan sesungguhnya Maha suci Allah dari melakukan segala apa yang mereka katakan itu.

Nasihat dari saya jika ingin mengetahui lebih lanjut mengenai perkara ini dapatkanlah buku Sh. Ahmed Deedat yang bertajuk Crucifixion or Cruci-fiction dan juga transkrip perdebatan antara Sh. Ahmed Deedat dengan Josh Mc Dowell yang dilangsungkan di Durban, Afrika Selatan pada Ogos 1981 bagi mengelakkan kekeliruan. Sebagaimana biasa saya perturunkan disini pandangan Al-Quran sebagai The Last & Final Testement untuk umat manusia terhadap perkara ini:

That they said (in boast). “We killed Christ Jesus Son Of Mary. The Mesengger of Allah”:- But they killed him not, nor crucified him, only a likenes of that was shown to them and those who differ therein are full of doubts, with no (certain) knowledges. But only conjecture to follow. For a surety they killed him not:- Nay Allah raised him up unto himself: and Allah is Exalted in Power, wise:- (Q 4:157-158)

Sekian dulu, untuk setakat ini...selepas topik ini kita akan membincangkan pula topik berkenaaan dengan bible dan sejarahnya, insayallah dalam masa terdekat ini.Waallahu 'alam

20050720

::Edisi Combat Kit 6::

06. KEMURTADAN:

"... Janganlah engkau merasa sayang kepadanya (orang yang murtad); janganlah mengasihani dia dan janganlah me-nutupi salahnya."
"Tetapi bunuhlah dia: Pertama sekali tanganmu sendirilah yang bergerak untuk membunuh dia ...."
(Deutronomy 13: 8,9).



20050719

Isa Dalam Al-Quran

Petikan terjemahan Al-Quraan yaang menyebut Nabi Isa A.S Secara Nama

Surah Al Baqarah.

Dan sesungguhnya Kami telah memberikan kepada Nabi Musa Kitab Taurat, dan Kami iringi kemudian daripadanya dengan beberapa orang Rasul, dan Kami berikan kepada Isa Ibni Maryam beberapa mukjizat serta Kami teguhkan kebenarannya dengan Ruhul-Qudus (Jibril). Maka patutkah, tiap-tiap kali datang kepada kamu seorang Rasul membawa sesuatu (kebenaran) yang tidak disukai oleh hawa nafsu kamu, kamu (dengan) sombong takbur (menolaknya), sehingga sebahagian dari Rasul-rasul itu kamu dustakan, dan sebahagian yang lain pula kamu membunuhnya? Surah Al-Baqarah 87


Katakanlah (wahai orang-orang yang beriman): "Kami beriman kepada Allah, dan kepada apa yang diturunkan kepada kami (Al-Quran), dan kepada apa yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dan Nabi Ishak dan Nabi Yaakub serta anak-anaknya, dan juga kepada apa yang diberikan kepada Nabi Musa (Taurat) dan Isa (Injil), dan kepada apa yang diberikan kepada Nabi-nabi dari Tuhan mereka; kami tidak membeza-bezakan antara seseorang dari mereka (sebagaimana yang kamu - Yahudi dan Nasrani - membeza-bezakannya); dan kami semua adalah Islam (berserah diri, tunduk taat) kepada Allah semata-mata". Surah Al-Baqarah 136


Rasul-rasul Kami lebihkan sebahagian daripada mereka atas sebahagian yang lain (dengan kelebihan-kelebihan yang tertentu). Di antara mereka ada yang Allah berkata-kata dengannya, dan ditinggikanNya (pangkat) sebahagian daripada mereka beberapa darjat kelebihan. Dan Kami berikan Isa ibni Maryam beberapa keterangan kebenaran (mukjizat), serta Kami kuatkan dia dengan Ruhul-Qudus (Jibril). Dan sekiranya Allah menghendaki nescaya orang-orang yang datang kemudian daripada Rasul-rasul itu tidak berbunuh-bunuhan sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan (yang dibawa oleh Rasul mereka). Tetapi mereka bertelingkah, maka timbulah di antara mereka: orang yang beriman, dan orang yang kafir. Dan kalaulah Allah menghendaki tentulah mereka tidak berbunuh-bunuhan; tetapi Allah melakukan apa yang dikehendakiNya. Surah Al-Baqarah 253


::Edisi Combat Kit 5::

05. ALKOHOL: Sebuah nasihat yang tidak baik di dalam kitab Tuhan (?)!


'Alkohol adalah untuk orang-orang yang akan binasa, dan kepada orang yang susah hati. Biarlah mereka minum dan melupakan kemiskinan dan kesusahannya." (Dari "Good News Bible in Today's English") (Proverbs 31: 6-7).

Alkohol didakwa lebih baik dari air!

"Janganlah lagi minum air saja, melainkan tambahkanlah wain sedikit, berhubung pencernaanmu terganggu dan tubuhmu sering lemah." (1 Timothy 5: 23).


"Alkohol adalah perbuatan syaitan kata ...." (Al--Qur'an - Al-Maidah 5: 90).

20050718

Perincian Doktrin

Bahagian 4: Doktrin Tritunggal(Triniti)

Setelah mendakwa yang kononnya Jesus itu anak tuhan yang tunggal dan juga turut mengatakan bahawa Jesus itu sebagai tuhan maka muncul lagi satu doktrin yang lebih mengelirukan lagi. Iaitu dakwaan bahawa Tuhan itu mempunyai tiga oknum ketuhanan yang mempunyai kekuasaan yang sama dan untuk menambahkan lagi kekeliruan maka pihak kegerejaan telah menyatakan bahawa ketiga-tiga oknum ketuhanan iaitu The Father, The Word (Jesus) & The Holy Ghost itu sebenarnya bukanlah bererti penganut kristian menyembah tiga tuhan tetapi tetap menyembah satu tuhan dan turut telah diwartakan sebagai doktrin yang rasmi dalam Persidangan Nicea 1(Baca nikosia) pada tahun 325 AD. Ini memberi pengertian bahawa penganut kristian seolah-olah masih lagi mengesakan tuhan kerana menurut pandangan mereka ketiga-tiga oknum itu adalah satu (Tiga dalam satu) tapi ternyata ianya sukar untuk dihuraikan secara ilmiah kerana di dalam bible itu sendiri tidak pernah wujud perkataan triniti. Sepanjang pengalaman panulis berdialog dengan paderi kebanyakan mereka akan membuat satu kesimpulan “bahawa penghuraian triniti hanya akan difahami dengan ilham dari tuhan dan tidak mampu dengan hanya menggunakan akal” setelah tidak mampu untuk menjawab secara ilmiah terhadap persoalan ini.

Sepanjang penilitian dan pembacan saya terhadap bible dan pandangan para sarjana kristian terhadap persolaan ini, saya dapati hanya terdapat satu ayat dari bible yang secara dasarnya cuba menerangkan apa yang dimaksudkan sebagai The Holy Trinity ini. Ayat itu adalah seperti yang tertera dibawah ini.

“For there are three that bear record in heaven, the Father, the Word, and the Holy Ghost: and these three are one. “ 1 John 5:7 KJV

Namun begitu, ayat ini telah diubah dan di dalam sesetengah versi telah dibuang terutamanya dalam The Revised Standard Version of 1952. Tentunya ada diantara kita yang keliru terhadap versi-versi bible yang berbilang banyaknya itu. Dan ditegaskan bahawa di antara versi-versi ini terdapat perbezaan di antara satu dengan yang lain. Untuk pengetahuan, pembaca petikan ayat bible yang saya gunakan pada keseluruhan artikel ini adalah versi yang dipanggil KJV atau King James Version, dan saya mempunyai sebab yang tersendiri mengapa saya menggunakan versi ini. Saya akan membincangkan dengan lebih lanjut tentang versi-versi bible termasuk persamaan dan perbezaannya serta juga holy scrpitures yang lain bagi penganut kristian dalam topik khusus mengenai bible selepas perbincangan asas ini berakhir.

Kembali kepada persoalan Triniti tadi, terdapat banyak ayat di dalam bible itu sendiri yang menolak ajaran triniti ini dan di sini saya letakkan beberapa ayat dari OT dan NT yang sempat saya catatkan disini yang menjadi bukti penolakan terhadap doktrin ini. Antaranya;

“I am the LORD thy God, which have brought thee out of the land of Egypt, out of the house of bondage. Thou shalt have no other gods before me.” Exodus 20:2-3KJV

“Hear, O Israel: The LORD our God is one LORD” Deutronomy 6:4KJV

“Ye are my witnesses, saith the LORD, and my servant whom I have chosen: that ye may know and believe me, and understand that I am he: before me there was no God formed, neither shall there be after me. I, even I, am the LORD; and beside me there is no saviour. Isaiah43:10-11 KJV

“As concerning therefore the eating of those things that are offered in sacrifice unto idols, we know that an idol is nothing in the world, and that there is none other God but one. “ 1 Corinthians 8:4 KJV

“For there is one God, and one mediator between God and men, the man Christ Jesus” 1 Timothy 2:5 KJV

“And Jesus answered him, The first of all the commandments is, Hear, O Israel; The Lord our God is one Lord” Mark 12:29 KJV

Itulah antara ayat yang sempat saya catatkan mengenai penolakkan terhadap Trinity. Seterusnya saya ingin memetik kata-kata Evan Powell dalam bukunya The Unfinished Bible halaman 150:

‘The idea that Jesus was god in human form is not a NT teaching. It is a Christian doctrine developed during the second, third and fourth centuries. Over this period of time the church developed the doctrine of the trinity, which teaches that God the Father, God the Son and God the Holy Spirit were to be visualised as 3 person of the Godhead. The word trinity does not appear anywhere in the NT. To be sure, there are isolated verses in several NT documents which taken out of context, can be interpreted to support the doctrine of the trinity. However, each one of these verses become internally inconsistant with oher teachings within the document in which it appears when such an interpretation is forced upon it.’

Pada pandangan Islam doktrin adalah merupakan satu penghinaan terhadap kerajaan kekuasaan Allah dan kemurkaan Allah dapat dilihat daripada firman Allah berikut:

“They disbelieve who say; Allah is one of three for there is no god except one god. If they desist not from their word of blasphemy, verily a grieveous chastisement will befall the disbelievers among them” al-Quran 3:73

::Edisi Combat Kit 4::

04. KEMUSTAHILAN di dalam kitab Tuhan (?) Bible:

Seekor keldai berbicara (Numbers 22:27-28)

Unggas berkaki empat (Leviticus11: 20)

Kelahiran anak perempuan mempunyai masa nifas dua kali lebih banyak (Leviticus 12: 1,2,5)

Samgar membunuh 600 orang dengan sebuah tongkat penghalau lembu (Judges 3: 31 )

Samson membunuh 1000 orang dengan tulang rahang keldai (Judges 15: 15-16)

Seekor harimau berkepala tujuh (Reveletion 13: 1-2)

Memakan tahi dan meminum air kencing (2 Kings 18: 27 dan Isaiah 36: 12)

Kotoran pada muka para imam (Malachi 2: 3)

Memakan roti dengan tahi (Ezekiel 4: 12-15)

Samson berhubungan seks dengan pelacur di Gaza (Judges 16: 1)

Ruth tinggal bersama sebagai suami isteri dengan Boaz di tempat pengeringan (Ruth 3: 4-15)

Daud tidur dengan perawan yang masih muda (1 Kings l: 1,3)

20050713

Perincian Doktrin

Bahagian 3: Doktrin Jesus Sebagai Tuhan.

Sebagai kesinambungan doktrin yang kedua, maka timbul satu lagi satu doktrin yang cukup mengelirukan yang dikembangbiakkan oleh penganut kristian selepas Jesus diangkat ke langit. Timbulnya dakwaan yang menyatakan bahawa Jesus itu sebenarnya adalah tuhan dan dijadikan sebagai sebahagian dari keimanan yang wajib bagi orang yang menganut kristian. Dan telah diwartakan sebagai doktrin yang rasmi dalam Persidangan Nicea 1(Baca nikosia) pada tahun 325 AD. Dalam persidangan itu telah menghujahkan bahawa Jesus adalah inkarnasi tuhan kedalam tubuh manusia atau dalam istilah tasawwuf disebut ittihad iaitu penyatuan tuhan dalam tubuh manusia secara fizikal. Dan hasil hujah itu mereka mengambil keputusan bahawa Jesus adalah oknum ketuhanan dan secara otomatik Jesus juga adalah Tuhan. (Hairan...masalah ketuhanan boleh ditentukan dengan persidangan yang dilakukan oleh manusia tanpa ada asas yang kuat dalam kitab suci dan “menjemput” Tuhan turut bersidang...)

Tidak diketahui dari mana sumber yang menyokong doktrin ini kerana sepanjang penilitian saya terhadap dan NT saya acapkali menemui ayat pengakuan Jesus yang menunjukan bahawa setiap perlakuan, keistimewaan atau perkara yang ajaib yang baginda lakukan itu hanyalah kerana izin dari tuhan dan bukannya datang dari kehendaknya sendiri. Antara ayat yang saya maksudkan adalah seperti berikut:

“And, behold,one come and said unto him.’Good Master,what good thing shall I do, that I my have eternal life?’ And he (Jesus) Said unto him,’Why callest thou me good? There is none good but one, that is, God: but if thou wilt enter into life, keep the commandments” Matthew 19:16-17

“ All authority in heaven and on earth has been given to me” Matthew 28:18

“ No one knows about that day or hour, not evan angles in heaven, nor the son (Jesus) but only the Father(God)” Mark 13:32

“ But if I drive out the demons by the finger of God” Luke 11:20

“ By myself I can do nothing; I judge only as I hear” John 5:30

Terdapat banyak lagi ayat yang berkaitan dengan penafian Jesus sebagai satu elemen dari ketuhanan dan menegaskan bahawa baginda hanyalah hamba Allah yang dihantar sebagai Nabi untuk mengajak manusia menyembah tuhan yang satu. Saudara/i juga boleh merujuk dalam John 10:29, 17:3, Acts2:22, 3:13 yang mana menunjukan bahawa Jesus bukanlah seperti mana yang dikatakan oleh golongan yang terbabit. Malah jika saudara/i teliti lebih lanjut ayat di dalam bible terutamanya di dalam Gospel yang empat itu, terdapat banyak sekali percanggahan yang akan kita sama bincangkan dalam tajuk yang lebih khusus. Adakala ayat yang terkandung di dalam bible itu sendiri menunjukkan bahawa Jesus tidak pernah dan tidak akan sampai dari sudut kualiti ketuhanan sampai bila-bila kerana baginda adalah manusia biasa. Selak-selaklah lembaran Buku The Choice karangan As- Shaikh Ahmed Deedat (idola pengarang) dan saudara/i akan jumpa tajuk khusus yang membincangkan perihal Jesus dan kualiti ketuhanan.

Saya cuma mahu melontarkan sedikit tanda tanya kepada sahabat kristian kita, bagaimana mereka boleh menganggap Jesus itu tuhan sedangkan “Tuhan “ mereka itu sendiri tidak pernah mengaku walau dalam satu patah ayat di dalam bible pun bahawa dia itu tuhan? Bagaimana mereka boleh berdoa kepada Jesus sedangkan Jesus sendiri juga berdoa kepada Allah?. Cabaran dari saya, carilah walau satu ayat dari bible dari versi yang mana (KJV? RCV? RSV? NAV? Atau sebarang versi) yang menyatakan dengan terang bahawa Jesus mengaku bahawa dia itu tuhan dan saya sanggup mempertaruhkan nyawa saya sebagai galang gantinya sebagai mana yang dilakukan oleh Ahmed Deedat dalam debat di Norway itu, jika ada yang dapat menunjukkan dengan jelas apa yang saya maksudkan tadi.

Saya juga ingin memetik satu frasa dari buku The Christian Myth pada halaman 4, Karangan Lois Lang-Sims:

“ The historical Jesus is not to be identified unreservedly with the mythical figure as this has been interpreted by the church. The historical Jesus did not, as the church has since done on his behalf, lay claim to being uniquely the once-and-for-all-time incarnation of the godhead in man”

Sebagai mana biasa saya catatkan pandangan al-Quran tehadap persoalan ini.

“They disbelieve indeed those that say that Allah is Christ, the son of Mary. Say: ’Who the has the least power againts Allah. If His will were to destroy christ, the son of Mary, his mother and all-every one that is one the earth? For to Allah belongs the dominon of the heavans and the earth, and all that is between. He creates what he pleases. For Allah has power over all things" (Al-Quran 5:17)

20050711

::Edisi Combat Kit 3::

03. IBRAHIM: Dia mengahwini saudara perempuannya sendiri (Sarah) (?)

"Mengapa engkau (Ibrahim) mengatakan: dia (Sarah) adalah adikku, sehingga aku mengambilnya menjadi isteriku? Sekarang, inilah istrimu (Sarah), ambillah dan pergilah."(Genesis 12: 19)


"Lagipula ia (Sarah) benar-benar saudaraku, anak ayahku, hanya bukan anak ibuku, tetapi ia kemudian menjadi isteriku." (Genesis 20: 12)

"Hajar isteri Ibrahim! "... dan (dia, Sarah) memberikan-nya (Hajar) kepada suaminya, untuk menjadi isterinya." (Genesis 16: 3)

Ramalan yang tidak lengkap:

"Kepadamu (Ibrahim) dan kepada keturunanmu akan Kuberikan negeri ini yang kau diami sebagai orang asing, yakni seluruh tanah Kanaan (Palestina) akan Ku berikan menjadi milikmu untuk selama-lamanya; dan Aku akan menjadi Allah mereka."(Genesis 17: 8, juga Genesis 13:15 dan Deutronomy 32: 13).

Kasihan Ibrahim A.S, dia tidak menerima sepetak tanah pun secara percuma!

"Dan Allah tidak memberikan milik pusaka kepadanya (Ibrahim), bahkan setapak tanah pun tidak, tetapi Ia (Tuhan) berjanji akan memberikan tanah itu kepadanya menjadi kepunyaannya ...."
(Acts 7: 5)

Perincian Doktrin

Bahagian 2: Doktrin Jesus Sebagai Anak Tuhan.

Seterusnya, kita sambung perbincangan dan kini kita memasuki bahagian ke dua artikel iaitu yang berkaitan dengan doktrin yang menyatakan bahawa Nabi Isa ataupun Jesus bagi penganut kristian itu sebenarnya adalah anak tuhan, atau lebih tepat dengan istilah yang mereka gunakan ialah The Begotten Son atau dalam bahasa ibunda kita dapat diistilahkan sebagai Anak Tuhan Yang Tunggal bersesuaian dengan dengan hujah yang mereka kutip dari John 3:16 (Sila Lihat Bible) (Kalau saudara berani, cubalah tanyakan kepada apa ertinya terma the begotten son of god, begotten not made kepada sahabat-sahabat kita yang beragama kristian hatta paderinya sekalipun, kerana berdasarkan pengalaman saya berhadapan dengan paderi, saya pasti tidak ada yang berani menghuraikan terma itu secara ilmiah cuma ikutan sahaja.) Jadi jika mereka berhujah sudah pasti anda akan mendengar ayat yang saya maksudkan tadi diulang berkali-kali demi menguatkan hujah meraka,sedangkan dalam ayat yang lain di dalam bible Jesus menafikan bahawa dia itu adalah seperti apa yang mereka maksudkan, dan tajuk ini akan saya bincangkan di dalam topik yang berkaitan dengan percanggahan ayat di dalam bible nanti.

Jika anda adalah antara orang yang rajin meneliti bible, sudah pasti terma Son of god akan anda jumpa di dalam beberapa ayat di dalam bible terutamanya di bahagian Old Testement. Bagi agama-agama samawi (termasuk Islam) di sana terdapat ayat-ayat atau pernyataan yang berbentuk metaforik iaitu yang tidak boleh dinilai dengan secara letaral tetapi harus difahami dalam bentuk konteks ayat di dala kitab-kitab suci dan sepatutnya terma son of god ini harus diterjemahkan dalam bentuk konteks ayat dan bukannya digunapakai dalam bentuk perkataan. Kalau dalam Al-Quran orang Islam memiliki ayat-ayat yang dipanggil sebagai ayat Muhkamat (ayat yang jelas maksudnya) dan ayat Mutasyabihat (ayat yang kabur masudnya perlukan perincian serta bersesuaian dengan konteks manusia), begitu juga dengan orang yahudi yang juga memiliki ayat-ayat yang lebih kurang sama dari sudut penilaian jelas atau kaburnya sesuatu ayat dalam Taurat (Old Testement) yang mereka miliki. Buktinya adalah beberapa ayat yang sempat saya perturunkan disini

“...the sons of god saw that the daugthers of men were beutiful, and they married any of them they chose.” Genesis 6:2

“ They say to Pharaoh. This is what The LORD says: Israel is my First Born Son,and I told you. Let My son go, so he may worship me” Exodus 4:22

“ He (LORD) said to me(David), “You’re my son; today I’ve Become Your Father....” Psalms 2:7

“...because I am Israel’s father, and Ephraim is my frstborn son..” Jeremiah 31:9

Lihat dan perhatikanlah saudara-saudaraku terutamanya yang kristian, bertapa ayat ini menunjukkan bahawa bukan hanya Jesus sahaja yang pernah digelar dengan anak tuhan David (Nabi Daud) juga anak tuhan dalam ayat di atas, Ephraim juga anak tuhan dan bahkan seluruh Israel juga pernah digelar dengan anak tuhan (Ramainya anak tuhan kan??) juga terdapat puluhan lagi nama yang juga digelarkan dengan gelaran sedemikian di dalam bible samada dalam OT atau NT. Jadi siapakan anak tuhan yang sebenarnya?

Dalam bahasa Yahudi gelaran Anak tuhan itu diberikan kepada mereka yang beriman dengan sepenuhnya, berbuat kebaikan, yang sentiasa mendekatkan diri kepada Allah, dan mereka itu adalah Para Nabi dan para wali Allah, lantaran bertapa rapatnya hubungan mereka dengan Allah maka dengan itu mereka digelarkan dengan gelaran anak tuhan dalam bentuk konteks rapatnya hubungan dengan sang pencipta dan bukannya kerana hubungan anak dan bapa sebagai mana kita manusia (Na’uzubillahi Min Zaalik)

Mari kata bertanya kepada sahabat kita yang beragama kristian mengapa tidak menginterpretasikan Jesus itu sebagai Nabi sahaja dan bukannya anak tuhan? Adakah kerana kelahiran Jesus itu ajaib? Kalau itu ukurannya megapa tidak kata Mallicessideck itu sebagai tuhan?? (Siapa hamba Allah ini...? akan diterangkan dalam episod yang lain) Mengapa tidak Adam kerana Adam lagi hebat kerana dicipta dari tiada kepada ada dan diciptakan di syurga berbandingkan dengan Jesus yang dilahirkan di kandang kambing dalam keadaan yang sukar? (menurut Gospel) Mengapa kita (Kristian & Islam) harus melaungkan nada yang berbeza sedangkan kita dari sumber yang satu? Fikirkanlah!

Islam berpandangan bahawa doktrin ini, adalah doktrin yang pagan dan saya sendiri berpandangan bahawa doktrin triniti itu sendiri sebenarnya adalah saduran dari mitos ketuhanan yunani yang menyatakan tuhan boleh kahwin dan mempunyai anak serta pelbagai lagi. Dan untuk mengakhiri bahagian ini, saya sertakan Ayat Al-Quran dalam versi Inggeris tanpa ada notasi yang menolak doktrin paganisme ini.

“The Jew call ‘Uzair a Son of God, and Christian call Christ the son Allah, that is a saying from their mouth: (In this) they but imitate what the unbelievers of old used to say. Allah’s Curse be on them: how they are beluded away from the truth” Al-Quran (9:30)

20050709

::Edisi Combat Kit 2::

ARAB dan ARABIA: Di dalam Injil

(a) "Beban bagi Arab .... " (Isaiah 21: 13)

Beban: bererti tanggungjawab Arab Muslim, dan tentu saja semua umat Islam saat ini sekarang, untuk menyebarkan agama Islam.

Isaiah menyebutkan ini setelah melihat bayangan sebuah pasukan keldai dan pasukan unta (Isaiah 21: 7). Pasukan keldai adalah Isa A.S yang memasuki Jerusalem dengan menunggang dua keldai (Matthew 21: 7). Lalu siapa "pasukan unta"? Tidak lain adalah Muhammad SAW yang datang kira-kira enam ratus tahun sesudah kedatangan Isa Al-Masih. Jika kesimpulan ini tidak dapat diterima, maka berarti kenabian masih belum terpenuhi.

(b) ". . desa-desa yang didiami Kedar" (Isaiah 42: 11)

"Arab dan semua pemuka Kedar.... " (Ezekiel 27: 21)

Ensiklopedia Bible Antarabangsa memetik kata-kata dari A. S. Fulton:

" ... Dari rumpun Ismail, Kedar adalah yang paling penting, dan oleh karena itu pada masa berikutnya nama tersebut diaplikasikan untuk semua suku-suku liar padang pasir Melalui Kedar (Arab Keidar) geneologi (Keturunan) Muslim menelusuri nenek moyang Muhammad dari Ismail."

(c) ".... Dia (Muhammad SAW) tampak bersinar dari pegunungan Paran (di Arab) dan datang dari tengah-tengah puluhan ribu orang yang kudus (ramalan tentang peristiwa pembukaan Makkah oleh Muhammad)." (Deutronomy 33: 2).

(d) "... dan Aku (Tuhan) akan membangkitkan rasa cembu mereka (bangsa Yahudi) dengan yang bukan umat (bangsa Arab) dan akan menyakiti hati mereka (bangsa Yahudi) dengan bangsa yang bebal," (bangsa Arab pra Islam) (Deutronomy 32: 21)

Perincian Doktrin

Mesej ini adalah merupakan bahagian pertama dari enam bahagian kepada perincian terhadap perbincangan dalam mesej yang lalu mengenai asas-asas dalam ajaran kristian. Dalam bahagian ini akan diutarakan percanggahan dan juga penolakan yang diambil dari kitab suci orang kristian sendiri serta notasi dari Al-Quran yang akan disiarkan pada bahagian akhir perbincangan terhadap doktrin-doktrin yang telah dibincang sebelum ini.

BahPandangan Bible Tehadap Doktrin Dosa Warisan (The Original Sin)

Doktrin dosa warisan ini adalah suatu konsep yang mana dinyatakan sebelum ini bahawa setiap manusia yang lahir ke dunia adalah berdosa sejak lahir lagi, kerana manusia dianggap memikul beban dosa yang kononnya telah dilakukan oleh Adam dan Hawa sebagaimana yang diterangkan sebelum ini. Sepanjang penilitian saya di dalam bible, doktrin ini sebenarnya tidak ada asas yang cukup kuat untuk dijadikan sebagai satu konsep yang menjadi dasar kepada kristian kerana di dalam ke empat-empat Gospel (adalah bermaksud berita baik atau dalam bahasa arab ianya dipanggil Injil, empat buku yang pertama didalam Perjanjian Baru atau New Testement iaitu Matthew, Mark, Luke dan John itulah dipanggil sebagai gospel) iaitu Matthew, Mark, Luke dan John yang dikatakan sebagai buku yang mengandungi sejarah perjalanan hidup dan ajaran-ajaran Jesus sendiri tidak pernah menyebut akan doktrin yang dinyatakan tadi malah dalam beberapa ayat yang akan dipetik dari Gospel ini akan menunjukkan bahawa sebenarnya doktrin dosa warisan ini bukanlah bersumberkan ajaran samawi yng dibawa oleh Jesus tetapi hanyalah satu interpolasi tangan-tangan manusia terhadap hal-hal ketuhanan. Cuba lihat ayat dari gospel ini dan fikirkan apakah doktrin itu dari Jesus atau siapa?

Jesus tidak pernah mengajar doktrin ini, kerana Dia tahu didalam masyarakat ada orang yang baik sebagai mana juga orang yang jahat. Matlamat Jesus adalah untuk mengajak orang yang berdosa untuk bertaubat, lihat ayat ini,

“On hearing this, Jesus said to them, “It is not the healthy who need a doctor, but the sick. I have not come to call the righteouse, but sinners”. Mark 2:17

Pada pandangan Jesus sebagaimana juga Islam bahawa kanak-kanak tidak berdosa.

“He said to them. “ Let the children come to me, and do not hinder them, for the kingdom of God belongs to such as these...”. Mark 10:14

Menurut Islam bertaubat dengan khlas kepada Allah adalah kunci dalam mendapat keampunanNya, sebagaimana juga apa yang Jesus sebut di dalam ayat ini.

Jesus anwered, “... But unless you repent, you too will all perish...” Luke 13:3

His disciples asked him,” Rabbi, who sinned this man or his parent, that he was born blind?” “Neither this man nor his parent sinned,” said Jesus.. John 9:2-3

Doktrin ini juga bukannya berasal dari agama yahudi kerana agama yahudi berpegang kepada pertanggungjawaban seseorang terhadap setiap yang dilakukannya dan bukan sebaliknya. Lihat ayat ini yang dipetik dari perjanjian lama atau Old Testement yang terkandung di dalam bible, menolak doktrin ini.

“The soul who sin is the one who will die. The son will not share the guilt of the father nor will the father share the guilt of the son. The righteousness of the righteous man will be credited to him, and the wickedness will be charged againts him. But if a wicked man turns away from all the sin he was committed and keeps all my decrees and does what is just and right, he will surely live, he will not die” Ezekiel 18:20-21

“Fathers shall not be put to death for their children nor children put to death for their fathers; each is to die for his own sin” Deuteronomy 24:16

Selain ayat ini, terdapat lagi beberapa ayat yang menyebutkan akan perihal yang sama mengenai doktrin ini dan akan saya sentuh dengan lebih mendalam dalam mesej-mesej yang akan datang, cubalah tanyakan kepada rakan-rakan kristian anda dan minta mereka berikan komen tehadap ayat-ayat tadi.