LAMAN | PERBANDINGAN | AGAMA | ISLAM | DAN | KRISTIAN

20050806

The Old Testement-Perjanjian Lama

The Old Testement

Orang Yahudi membahagikan OT ke dalam 3 bahagian yang dinamakan sebagai Tanakh iaitu singkatan dari Torah yang bermaksud perundangan, Nabiim yang bermaksud Kisah Nabi-nabi dan Kethuvim yang bermaksud Penulisan.

Torah adalah bahagian yang mengandungi 5 buku pertama di dalam bible hari ini iaitu Genesis @ Kejadian | Exodus @ Pengeluaran | Leviticus @ Keluarga Levi | Numbers @ Bilangan | Deutronomy @ Ulangan yang dipercayai sebagai wahyu dari Allah kepada Moses @ Musa A.S dan merupakan bahagian yang memiliki autoriti yang paling tinggi dalam keimanan Yahudi. Buku ini bermula dengan penceritaan mengenai kejadian Alam semesta (Genesis) hinggalah ke peristiwa kewafatan Nabi Musa A.S (Deutronomy)

Nebiim pula adalah bahagian buku-buku yang dipercayai telah ditulis oleh Nabi-nabi yahudi yang lain yang diwahyukan oleh tuhan dan bahagian ini banyak menceritakan mengenai Sejarah Bangsa Yahudi Awal bermula dari penaklukaan Canaan (palestin hari ini) dibawah pimpinan Nabi Joshua sehinggalah kembalinya bangsa Yahudi ke Canaan selepas di usir dari Babylon. Dan bahagian ini pula terbahagi kepada dua iaitu kisah Nabi besar yahudi bermula dari Joshua | Judges | Ruth | 1 Samuel | 2 Samuel | 1 Kings | 2 Kings | 1 Chronicles | 2 Chronicles | Ezra | Nehemiah dan kisah nabi-nabi kecil bangsa Yahudi bermula Isaiah | Jeremiah | Lamentations | Ezekiel | Daniel | Hosea | Joel | Amos | Obadiah | Jonah | Micah | Nahum | Habakkuk | Zephaniah | Haggai | Zechariah | Malachi |

Kethuvim adalah bahagian buku-buku yang ditulis oleh pendeta yahudi yang berkisar tentang puisi ketuhanan, ramalan dan kehebatan serta kekperkasaan bangsa yahudi dan ianya adalah bahagian buku yang terbesar didalam OT bermula dari Job | Psalms | Proverbs | Ecclesiates | Song Of Solomon.

Orang yahudi begitu percaya bahawa setiap kitab yang termaktub didalm OT ini adalah datangnya dari Allah yang diwahyukan kepada nabi-nabi dan pendeta-pendeta mereka...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home