LAMAN | PERBANDINGAN | AGAMA | ISLAM | DAN | KRISTIAN

20070611

Apa Itu Combat Kit

Kepada mereka yang tidak mengetahui apa itu sebenarnya Combat Kit, ianya adalah merupakan satu indeks yang khusus mendedahkan kepincangan Bible dan juga agama Kristian amnya. Ianya telah disusun pada asalnya oleh Allahyarham Sh. Ahmed Hoosen Deedat (1 Julai 1918 - 8 Ogos 2005) yang merupakan seorang pengiat dakwah kepada non-muslim yang disegani bukan sahaja di dunia Islam malahan juga di dunia kristian. Kreadibilitinya sebagai pendakwah semasa hayatnya amat mengagumkan

Ianya merupakan satu indeks dimana di rangkumkan di situ petikan-petikan bible yang bercanggah dan juga yang meragukan bahawa ianya adalah kitab injil yang diturunkan kepada Jesus atau Nabi Isa alaihissalam. Ianya Mengandungi 44 indeks pada asalnya, namun untuk CD combat kit yang saya keluarkan ini terdapat penambahan 10 indeks lagi iaitu melalui pengkajian saya sendiri terhadap kitab bible tersebut. Ini bermakna Combat Kit yang saya keluarkan itu terdapat 54 indeks.

Combat Kit Premium:

Kepada pembaca yang berminat untuk mendapatkan CD Combat Kit di dalam bahasa melayu (Indeks hujah-hujah kepincangan agama kristian yang diperolehi dari Kitab Bible) bolehlah menghantarkan sampul surat berukuran 8 x11 dan beralamat sendiri berserta kiriman wang atau wang pos bernilai RM10 ke alamat berikut:

Mohd Habib Abdullah
No.76 Jalan 17/1A, Seksyen 17, 46400 Petaling Jaya, Selangor.

Kandungan Combat Kit Premium;

  1. E- Book Combat Kit
  2. Audio Ceramah Sh. Ahmed Deedat
  3. Komik Dialog Islam & Kristian
  4. Perisian Islam (Watu Solat & Azan, al-Quran Digital, Al-Quran Viewer, Hadith Viewer, Hadith Qudsi Viewer,Hijri Calender & Stories of the Prophets.)
  5. Bible Terjemahan Baru (khusus untuk rujukan dengan Combat kit)
  6. Adobe Reader (untuk membolehkan Sdr. Membuka E-Buku Combat Kit tersebut)

Pembaca juga boleh memesan CD ini dengan cara online iaitu dengan membuat pembayaran ke akaun:-

Maybank2u – Mohd Habib Abdullah – 158060583843
(Sila hantar email yang mengandungi alamat anda beserta salinan slip pembayaran maybank2u anda ke alamat email: bibsprop@gmail.com)

CD akan dihantar melalui pos express


Combat Kit Lite:

Anda juga boleh mendapatkan Combat Kit secara online. Sila buat pembayaran sebanyak RM5 ke:-

Maybank2u – Mohd Habib Abdullah – 158060583843
(Sila hantar email beserta salinan slip pembayaran maybank2u anda ke alamat email: bibsprop@gmail.com)

Kandungan fail Combat Kit Lite:

  1. E- Book Combat Kit
  2. Bible Terjemahan Baru (khusus untuk rujukan dengan Combat kit)
  3. Adobe Reader (untuk membolehkan Sdr. Membuka E-Buku Combat Kit tersebut)


Fail Combat Kit tersebut akan dihantar melalui email anda dalam format .rar

Sila pastikan email yang anda gunakan itu berkapasiti besar contohnya yahoo, gmail atau gawab.

Fail akan dihantar dalam masa 24 jam.

20060316

E-Book Combat Kit

Alhamdulillah..setelah sekian lama berusaha mendalami beberapa jenis software untuk mencipta perisian E-book, akhirnya tercapai jugak hasrat saya nak keluarkan sebuah E-book untuk Combat Kit ini. Saya merasakan E-book ini adalah sebuah E-book yang istimewa yang mana ianya menggunakan paparan sebagaimana sebuah buku biasa tetapi yang mengagumkan ialah ianya hanya di dalm PC anda ..dan anda hanya perlu mengklik mouse anda untuk menyelak dari helaian ke helaian buku tersebut sebagaimana anda menyelak buku biasa. Sila lihat dibawah untuk screenshot:

Image hosting by PhotobucketImage hosting by Photobucket

Untuk Memuat turun Sila Klik Alamat dibawah:
http://rapidshare.de/files/15626384/Combat_Kit.zip.html

Klik disini untuk ke laman Software yang saya gunakan:
http://www.desktopauthor.com/


E-book Combat Kit ini datang dalam file berformat .exe yang telah saya zipkan bagi tujuan keselamatan dan memudahkan anda untuk memuat turunkannya. Anda tidak perlu bimbang kerana ianya bukanlah file yang mengandungi virus, worm atau trojan. Sila lihat link diatas untk melihat perisian yang saya gunakan. Namun untuk keselamatan PC anda adalah digalakkan anda megimbas file tersebut.

E-book ini adalah percuma dan saya memberi hak kebenaran untuk anda menyebarkannya kepada rakan-rakan dan sesiapa sahaja selagi ianya tidak bermotifkan keuntungan. Segala yang baik itu datang dari Allah, dan yang lemah itu adalah disebabkan kelemahan saya selaku makhlu-Nya.

20051226

::EDISI COMBAT KIT 14::

14. TUHAN: Kualiti yang tidak menggambarkan ketuhanan

(a) Tuhan mengeluh (?) (Isaiah 5: 26, 7: 18 | Zechariah 10: 8)
(b) Tuhan mengaum (?) (Isaiah 42: 13 | Jeremiah 25: 30)
(c) Tuhan mencukur (?) (Isaiah 7: 20)
(d) Tuhan menyesal (?) (Jeremiah 15: 6 | Genesis 6: 6).
(e) Tuhan menunggang kerub." (2 Samuel 22: 11)
(f) Tuhan membunuh 50070 karena melihat tabut Tuhan (?) (1 Samuel 6: 19)

Sejarah Ringkas Perkembangan Penulisan Bible

Sejarah Ringkas Perkembangan Penulisan Bible

Menurut para sarjana Bible di dalam Ensiklopedia Britainica, sejarah penulisan Manuskrip asal Bible bermula di antara 1500 BC(Sebelum Christ) hingga 100 AD (Selepas Christ) dan dikatakan dalam jangka masa tersebut keseluruhan Bible iaitu Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru masih dalam bentuk yang asli (?) dan salinan terawal dari manuskrip yang asal ini terbahagi kepada 3 iaitu:

Codex Sinaiticus yang dipercayai telah disalin dalam tahun 330 AD iaitu kira-kira empat abad selepas masihi. Ianya adalah versi salinan berbahasa Greek dan ianya berada di Soviet Russia sebelum dibeli pada tahun 1933 dan ditempatkan di Muzium British sehingga hari ini.

Codex Vaticanus pula telah disalin dalam tahun 340 AD dan kini berada di Perpustakaan Vatican, Rome. Dikatakan ianya mengandungi keseluruhan Bible iaitu OT dan NT namun terdapat beberapa bahagian yang telah hilang dari simpanan.

Codex Alexandrinus yang kini juga berada di British Muzium telah disalin dalam tahun 425 AD dan mengandungi keseluruhan Bible berbahasa Greek. Namun begitu terdapat 40 helaian dari salinan ini telah hilang.

Sebelum kita pergi kepada evolusi Bible dari versi bahasa Greek ke versi bahasa Inggeris, saya ingin mengajak para pembaca untuk meninjau ke versi terdahulu Perjanjian Lama OT yang dapat dikenalpasti oleh para sejarawan dan pakar Bible.

Bermula dengan The Septuagint Version adalah merupakan terjemahan kitab Perjanjian Lama yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Greek dari bahasa Hebrew (Ibrani) dan ianya dibukukan di Alexandria dalam tahun 285 BC. Seterusnya The Samaritan Pentateuch Version, namun versi ini tidak diketahui bila ianya dibukukan namun dipercayai dibukukan sebelum tahun masihi iaitu sesudah versi yang pertama tadi. Sebenarnya, ia tidak layak dipanggil versi kerana ianya hanyalah proses pemindahan terus versi berbahasa hebrew kedalam tulisan Samaritan. Kemudian disusuli pula Peshito atau Syriac Version yang dipercayai dibukukan dalam abad awal masihi (1 atau 2 masihi) dan ianya disalin dan dialih bahasa kepada bahasa tempatan di sesetengah bahagian di Syria. Akhir sekali, The Vulgate Version yang merupakan Versi Bible yang telah dialih bahasakan kedalam bahasa Latin oleh Jarome di Bethlehem kira 400 AD yang kemudiannya menjadi versi rasmi bagi Gereja Roman Katholik selama hampir 1000 tahun. Versi inilah yang menjadi rujukan kepada penterjemah Bible versi Inggeris yang terdahulu dan yang kemudiannya berevolusi hingga ke versi yang ada pada tangan orang kristian pada hari ini.

::EDISI COMBAT KIT 13::

13. SILASILAH JESUS:

Umat Kristian telah menyusun dua rekod silasilah Jesus yang berbeda; yaitu Matius 1: 1-16 dan Lukas 3: 23-38. Pada kedua rekod ini terdapat 66 nama. Hanya ada satu nama yang sama dari keduanya, iaitu Joseph si tukang kayu, padahal dia seharusnya tidak perlu disebutkan karena Jesus bukan berasal dari benihnya.

20050906

The New Testament-Perjanjian baru

The New Testement.

Bahagian kedua di dalam bible pula dikenali sebagai The New Testement atau Perjanjian Baru. Ianya diakui sah dan diterima pakai oleh penganut agama kristian meskipun ditolak mentah-mentah oleh orang yahudi. Bahagian ini, menurut pakar pengkaji agama kristian adalah merupakan bahagian terpenting dalam akidah umat kristian kerana dibahagian inilah segala Tenant atau doktrin dalam agama kristian hari ini diperolehi. dalam dalam bahagian ini juga terkandungnya Gospel @ Good News @ Injil yang dipercayai diturunkan kepada Jesus dan menjadi pegangan kepada seluruh umat kristian hari ini.

Nt Terdiri kepada 4 bahagian yang berlainan iaitu:

Gospel: iaitu bahagian yang mengandungi 4 buku iaitu Matthew | Mark | Luke | John. Keempat-empat buku ini adalah menceritakan akan perihal kehidupan dan misi Jesus Christ dan ianya menurut para sarjana kristian telah ditulis oleh 4 orang penulis.

Acts of Apostle: atau dalam bahasa melayunya dapat disebut sebagai Kisah Para Rasul, ianya dipercayai telah ditulis oleh Luke iaitu salah seorang pengikut Jesus yang menceritakan perihal agama kristian selepas Jesus. Hanya mengandungi 1 buku iaitu Acts

Epistles: bahagian ini adalah bahagian yang terbesar didalam NT dan ianya juga dikenali sabagai kumpulan Surat-Surat Oleh St Paul Of Tarsus kepada masyarakat dan individu-individu tertentu dalam Kristian yang berada di luar kawasan mereka ketika itu. Bahagian ini hampir keseluruhannya ditulis oleh St. Paul dan juga terdapat beberapa penulis yang lain yang tidak dapat dikenal pastikan akan identitinya. ianya bermula dari Roman | 1 Corinthians | 2 Cointhians | Galatians | Ephesians | Philipians | Colossians | 1 Thessalonians | 2 Thessalonians | 1 Timothy | 2 Timothy | Titus | Philemon | Hebrews | James | 1 Peter | 2 Peter | 1 John | 2 John | 3 John | Jude

Revelation adalah merupakan bahagian yang terakhir didalam bible dan juga mengandungi 1 buku iatu the Book of Revelation. Dalam bahagian ini diceritakan tentang perihal hari kiamat a.k.a Armageddon dan pertentangan diantara kuasa baik dan jahat di hari akhirat nanti. Bahagian ini turut dikenali sebagai Apocalypse.

Itulah bahagian yang terkandung di dalam sebuah Kitab yang dinamakan BIBLE atau dam bahasa Indonesia sebagai AL-KITAB dan perlu dingat bila disebutkan bible kepada anda ianya bermaksud terdapat beberapa buku yang terkandung di dalam Bible dan ianya terbahagi kepada 2 iaitu The Old Testement dan The New Testement. Sebelum saya mengupas isi atau kanduangan dalam kitab ini, saya akan berikan maklumat kepada anda tentang perkembangan Bible dari Dahulu hinggalah ke hari ini dan ianya akan merangkumi versi-versi bible terdahulu, penghapusan sesetengah bible, pertelingkahan yang berkaku diantara Katholik dan Protestant, sebelum kita menjangkau ke isi kitab yang dikatakan sebagai suci ini (we'll see it) sejarah ini amat penting kerana dengan mengetahui sejarah perkembangan dan penulisan bible kita akan dapat menilai apa benarkah Bible itu kalam tuhan atau hanya karang karut pendeta yahudi dan kristian terdahulu.

20050816

::Edisi Combat Kit 12::

12. ELOHIM: Dalam bahasa Ibrani, secara harfiah bererti "Tuhan-tuhan".

Kata Elohim ini secara konsisten diterjemahkan menjadi "Tuhan-tuhan" dalam 196 tempat di Perjanjian Lama. Meski begitu, umat Kristian membuat pengecualian ketika istilah ini terdapat pada bahagian awal Bible. Secara mengagumkan hal ini mereka lakukan pada kitab pertama, pasal pertama dan ayat pertama dari yang dinamakan kitab Tuhan:

"Pada mulanya Tuhan (secara harfiah seharusnya Tuhan-Tuhan) menciptakan langit dan bumi. " (Genesis 1: 1)

20050806

The Old Testement-Perjanjian Lama

The Old Testement

Orang Yahudi membahagikan OT ke dalam 3 bahagian yang dinamakan sebagai Tanakh iaitu singkatan dari Torah yang bermaksud perundangan, Nabiim yang bermaksud Kisah Nabi-nabi dan Kethuvim yang bermaksud Penulisan.

Torah adalah bahagian yang mengandungi 5 buku pertama di dalam bible hari ini iaitu Genesis @ Kejadian | Exodus @ Pengeluaran | Leviticus @ Keluarga Levi | Numbers @ Bilangan | Deutronomy @ Ulangan yang dipercayai sebagai wahyu dari Allah kepada Moses @ Musa A.S dan merupakan bahagian yang memiliki autoriti yang paling tinggi dalam keimanan Yahudi. Buku ini bermula dengan penceritaan mengenai kejadian Alam semesta (Genesis) hinggalah ke peristiwa kewafatan Nabi Musa A.S (Deutronomy)

Nebiim pula adalah bahagian buku-buku yang dipercayai telah ditulis oleh Nabi-nabi yahudi yang lain yang diwahyukan oleh tuhan dan bahagian ini banyak menceritakan mengenai Sejarah Bangsa Yahudi Awal bermula dari penaklukaan Canaan (palestin hari ini) dibawah pimpinan Nabi Joshua sehinggalah kembalinya bangsa Yahudi ke Canaan selepas di usir dari Babylon. Dan bahagian ini pula terbahagi kepada dua iaitu kisah Nabi besar yahudi bermula dari Joshua | Judges | Ruth | 1 Samuel | 2 Samuel | 1 Kings | 2 Kings | 1 Chronicles | 2 Chronicles | Ezra | Nehemiah dan kisah nabi-nabi kecil bangsa Yahudi bermula Isaiah | Jeremiah | Lamentations | Ezekiel | Daniel | Hosea | Joel | Amos | Obadiah | Jonah | Micah | Nahum | Habakkuk | Zephaniah | Haggai | Zechariah | Malachi |

Kethuvim adalah bahagian buku-buku yang ditulis oleh pendeta yahudi yang berkisar tentang puisi ketuhanan, ramalan dan kehebatan serta kekperkasaan bangsa yahudi dan ianya adalah bahagian buku yang terbesar didalam OT bermula dari Job | Psalms | Proverbs | Ecclesiates | Song Of Solomon.

Orang yahudi begitu percaya bahawa setiap kitab yang termaktub didalm OT ini adalah datangnya dari Allah yang diwahyukan kepada nabi-nabi dan pendeta-pendeta mereka...

20050802

::Edisi Combat Kit 11::

11. DAUD: Seorang lelaki yang sesuai hati Tuhan

Berbuat zina dengan isteri Uria yang bernama Batsyeba:

"Sesudah itu Daud menyuruh orang mengambil dia (Batsyeba). Perempuan itu datang kepadanya, lalu Daud tidur dengannya (berhubungan seksual) ..." (2 Samuel 11: 4)

"Daud dengan jahat menyebabkan kematian Uria, suami Batsyeba."(2 Samuel 11: 6-25)


"Daud tanpa malu-malu menari dalam keadaan telanjang,