LAMAN | PERBANDINGAN | AGAMA | ISLAM | DAN | KRISTIAN

20050707

Asas ajaran Kristian yang utama.

Ajaran kristian pada hari ini di katakan telah diasaskan oleh Jesus Christ atau dikenali dengan Nabi Isa AS dalam dunia islam, tetapi jika kita kaji dengan lebih menyeluruh terutamanya di dalam Bible kita akan dapati bahawa hampir keseluruhan doktrin yang terkandung didalam ajaran kristian kini adalah berasal atau pun ciptaan seorang yahudi yang bernama Saul of Tarsus yang kemudiannya dikenali dengan nama Paul atau St. Paul. Nabi Isa yang sebenarnya adalah seorang Nabi Bani Israel yang diutuskan sebagai nabi yang megesahkan kebenaran kitab taurat dan membawa wahyu yang bernama Injil yang datangnya dari Allah (lihat Surah Al-Maidah ayat 46). Baginda juga diutuskan Allah untuk menyampaikan perkhabaran tentang kelahiran Nabi terakhir utusan tuhan yang maha agung iaitu Nabi Muhamad SAW (lihat Surah Saff ayat 6) akan dibawakan bukti dari bible yang kedatangan nabi Muhammad itu ada di dalam kitab tersebut dalam perbincangan yang akan datang. Nabi Isa telah memperlihatkan mukjizat-mukjizat kenabiannya sebagaimana nabi-nabi yang lain di dalam melaksanakan tugas mengembangkan ajaran Allah yang kemudiannya telah diubah oleh tangan-tangan kotor mulia yang tak bertangungjawab. Kesemua mukjizat yang diperlihatkan oleh baginda itu adalah dengan keizinan dari Allah juga. Baginda menghidupkan rakannya iaitu Lazarus yang mati itu adalah atas izin Allah, baginda megubati penyakit orang yang terkena penyakit sopak juga atas izin Allah, kelahiran baginda yang ajaib tanpa berbapa itu juga adalah atas kehendak Allah yang mana kebanyakan penganut dunia kristian hari ini menolaknya dan bermacam lagi mukjizat yang diperlihatkan baginda itu adalah juga atas kehendak Allah. Baginda kemudiannya telah di selamatkan oleh Allah dari dibunuh oleh pendita yahudi yang tidak senang hati dengan baginda pada ketika itu, yang mana si pengkhianat Judas Iscariot telah diubah oleh Allah supaya menjadi seperti Nabi Isa dan akhirnya dibunuh di atas tiang salib. Begitulah antara gambaran yang telah dicatatkan di dalam "The Last & Final Testement of God” iaitu Al-Quran mengenai Nabi Isa yang menjadi pegangan seluruh Islam.

Walaupun kristian turut memaparkan perasaan cinta mereka terhadap Nabi Isa sebagaimana muslim tetapi cara mereka amat bertentangan sekali dengan kita. Kita amat sayang dan cinta dengan Nabi Isa kerana baginda adalah salah seorang Nabi Allah, segala mukjizat yang diperlihatkan adalah bukti bahawa baginda adalah seorang utusan Allah yang membawa ajaran yang benar. Tetapi orang kristian menyatakan perasaan cinta dan sayang mereka dengan menyatakan bahawa baginda itu adalah salah satu dari oknum ketuhanan di dalam triniti atau tritunggal dan pelbagai lagi dakwaan yang kadangkala seakan tidak masuk akal manusia yang waras.

Dalam perbincangan kali ini, kita akan melihat serba ringkas tentang doktrin-doktrin yang utama di dalam ajaran Kristian ini. Secara ringkas dapat kita menggariskan doktrin tersebut dalam lima perkara yang utama sebagaimana yang akan diterangkan dalam siri akan datang.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home