LAMAN | PERBANDINGAN | AGAMA | ISLAM | DAN | KRISTIAN

20050728

The Holy Bible- Suatu Pengenalan.

The Holy Bible atau Al-Kitab adalah merupakan sebuah kitab suci bagi penganut Kristian dan pernah mendapat tempat teratas dalam carta penjualan buku pada pertengahan abad ke 15 di Eropah. Bersesuaian dengan anugerah sebagai No. 1 Best seller Book ini telah diterjemah ke dalam lebih 2000 bahasa di seluruh dunia. Boleh dikatakan hampir seluruh masyarakat yang menjadi penduduk majoriti sesebuah negara pasti memiliki bible yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa mereka. Oleh kerana itu, adalah mustahak untuk kita mengenali dan memahami buku ini yang didakwa sebagai kalam tuhan dan kaitannya dengan Islam sekaligus sebagai persiapan untuk diri kita jika di’serang’ oleh para missionnari kristian suatu ketika nanti.

Dalam artikel kali ini akan dimuatkan penerangan tentang apa itu Bible dari sudut Istilahnya, peringkat penulisan dan perkembangannya, versi-versinya, kaitan dengan setiap dogma kristian, percanggahan serta penyelewengan yang terkandung di dalam ayat-ayatnya serta pandangan Islam dan beberapa perkara lain yang berkaitan mengenai kitab ini. Insyaallah.. Ya Allah Engkau tunjukkan lah kebenaran itu sebagai kebenaran dan kebathilan itu sebagai kebathilan....Amin

Terminologi ‘Holy Bible’ secara mudahnya bermaksud buku suci yang pada asalnya diambil dari perkataan greek ’biblos’ yang bermaksud buku, manakala dalam bahasa itali ia dipanggil ‘biblia’ yang membawa masud yang lebih tepat iaitu’ the library of books’ kerana di dalam Bible itu terhimpunnya buku-buku suci serta surat dan manukrip suci bagi penganut Yahudi dan Kristian. Secara umumnya kadungan bible terbahagi kepada dua bahagian yang utama iaitu Old Testement (OT) dan New Testement (NT) dan disana terdapat percangahan pendapat mengenai bilangan buku @ book yang diakui sah terkandung di dalam OT dan percanggahan ini datangnya dari dua mazhab yang utama di dalam kristian iaitu Katholik dan juga Protestent. Menurut Mazhab Katholik terdapat 46 buah buku yang diakui sah dan terkandung didalam OT manakala menurut Mazhab Protestant pula hanya 39 buah buku sahaja yang diakui sah dan diterimapakai dan menolak baki 7 buah buku yang kemudianya digelarkan sebagai ‘Apocrypha’ yang bermaksud disembunyikan kerana diragui kesahihannya. Namun begitu kedua-dua Mazhab ini sepakat dalam menentukan bilangan buku yang terandung di dalam NT iaitu sebanyak 27 buah buku yang diakui sah. Menurut pakar bible, terdapat 40 penulis yang menulis kitab ini namun begitu terdapat buku yang tidak dikenali akan penulisnya. Secara keseluruhannya OT telah ditulis dalam bahasa ibrani dan sesetengah buku pula ditulis dalam bahasa aramik manakala NT pula keseluruhnya di tulis didalam bahasa Greek klasik.

Berikut disenaraikan nama Buku yang terkandung didalam Bible.

The Old Testement:

Genesis | Exodus | Leviticus | Numbers | Deutronomy | Joshua | Judges | Ruth | 1 Samuel | 2 Samuel | 1 Kings | 2 Kings | 1 Chronicles | 2 Chronicles | Ezra | Nehemiah | Tobith* | Judith* | Esther |1 Maccabees* | 2 Maccbees* | Job | Psalms | Proverbs | Ecclesiates | Song Of Solomon | Wisdom Of Solomon* | Sirac* | Isaiah | Jeremiah | Lamentations | Baruch* | Ezekiel | Daniel | Hosea | Joel | Amos | Obadiah | Jonah | Micah | Nahum | Habakkuk | Zephaniah | Haggai | Zechariah| Malachi |

(*) apocrypha menurut Protestant hanya diterima sah oleh Katholik

The New Testement:

Matthew | Mark | Luke | John | Acts | Roman | 1 Corinthians | 2 Cointhians | Galatians | Ephesians | Philipians | Colossians | 1 Thessalonians | 2 Thessalonians | 1 Timothy | 2 Timothy | Titus | Philemon | Hebrews | James | 1 Peter | 2 Peter | 1 John | 2 John | 3 John | Jude | Revelation |

Para penganut Yahudi hanya menerima dan mengiktiraf OT sebagai kalam yang diturunkan Tuhan dan menolak keseluruhan NT manakala para penganut kristian menerima keseluruhan kandungan Bible sebagai wahyu dan kalam tuhan. Harus diingat bahawa istilah NT dan OT yang diguna pakai oleh penganut kristian hanyalah sebagai membezakan firman tuhan yang diturunkan kepada mereka yang mengantikan firman yang sebelumnya iaitu OT, sedangkan orang Yahudi mempunyai istilah tersendiri bagi OT iaitu Tanakh singkatan dari Torah Nabiim dan Kethuvim...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home